Ayen Love Aety

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Little Prince

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

My Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

My Little Baby

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday 27 August 2013

Allhamdulillah

Syukur pada Mu Ya-Allah.... sehingga hari ini Engkau telah memurahkan rezeki dan permudahkan hidupku..... kadang kala aku sendiri tewas dengan ujian-Mu..... disebabkan itu aku sebolehnya cuba untuk sentiasa bersangka baik terhadapMu bukan hanya cuba tetapi MESTI... kerana Engkau yang lebih tahu apa yang terbaik untuk aku, keluargaku dan anak-anak ku.......

Baru-baru ini result temuduga SPA telah keluar walaupun tidak berjaya mengisi jawatan tu sekarang tapi mungkin satu hari nanti.... sebab aku dapat menjadi calon simpanan..... semoga dipermudahkan dan dipercepatkan semuanya....





yang best tempoh sah laku telah pun dipinda.... cuma cepat atau lambat saja... semuanya dengan izin Allah....

Tak sia-sia penantian selama ini.... rasanya ini kali kedua aku interview untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. First time dulu memang sah la gagal.... sedih gak mmg tak layak la jawap pun tah ape2... dengan pengalaman pun tak de.... nasib la.... tapi kali ni alhamdulillah.... ada gak harapanya.....

One more thing nak kongsi kat sini my budak kecik si Aqil dah tumbuh gigi....

Hehehehe... mama bagi Aqil nangis baru nampak gigi..... cian die...



Mama Love you much...much...much




Thursday 13 June 2013

Yeayyyy.... Aqil already 6 month...... Alhamdulillah

Assalamualikum,


My Little Big Eyes 

Alhamdulillah masih berkesempatan mengupdate my blog yg x seberapa nie.... just nak hilangkan boring je coz kat office bila ada masa yang terluang... aka "curi tulang" bila bos x de... hihihihi.....
my little baby dah pun masuk enam bulan macam tak percaya je.... rasa enam bulan tu tersangat la sekejapnya...... 6 bulan berjaya menyusu Aqil dgn susu badan sepenuhnya..... Syukur sangat..... tak sangka time dah bekerja ni la baru nak berusaha susukan anak dgn susu badan sepenuhnya..... dulu masa tak kerja tak buat pulak.... hehehehe.... masa tu x de kesedaran lagi..... terima kasih kepada org2 yang menyedarkan saya tentang kebaikan dan kelebihan susu ibu nie.....

Now Aqil dah mula makan seronok sangat nak bagi dia makan..... nak tengok first solid food dia.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Carrot Puree

apa rasa nie...

nak lagi.....
Al kisah membeli bekas makanan warna pink.... sebab yang biru dah habis.... yg tinggal mangkuk sahaja sudunya telah dirembat org lain.... so x jadi la nak beli yang warna biru tu..... hehehehe x pe la bekas makan je pun.... 

Di usia 6 bulan Aqil dah mula nak belajar merangkak... seronok sangat bila dia dapat fist step 




Asyik tengok gambar Aqil je... nt abg dgn kakak marah.... jom tgk gambar abg ngan kakak pulak

v
v
v
v
v
v
v
v

Gambar-gambar nie di ambil masa cuti sekolah hari tu x de bawak mereka kemana-mana pun cuma ke Pusat Sains Negara jer...... again..... x pe la request dari abg Aish nk pergi Pusat Sains.... ok la dapat jugak anak2 main sambil belajar.... Thanks papa.... nasib baik papa cuti sehari tu boleh bwk budak2 ni berjalan sebab bila papa dah kerja jangan harap la nak cuti kan...kan.......



nampak tak ikan pelangi tu.....

Abg nak ambil gambar degan ikan tu la mama



main tembak-tembak bola angin

kakak nak peace je...

Yeay... Syoknye dapat main slide....


Friday 29 March 2013

Aqil 3 Month - Dah pandai meniarap.......




Sekarang Aqil dah masuk 3 bulan... dan dah pandai meniarap.... sangat pandai anak mama ni.... tiap kali tengok muka Aqil sejuk hati mama..... syukur yang tak terhingga pada-Mu Ya-Allah kehadiran Aqil melengkapkan lagi hidup mama..... Mama sayang sangat dekat anak2 mama.....

Minggu lepas balik kampung dengan anak2 saja.... first time bawak balik Aqil sendiri tanpa papa dia.... nasib baik budak bijak ni tak nakal..... baik jer dalam kereta tak susahkan mama pun... cuma penat sebab kene kerap berhenti untuk susukan Aqil.....

Bila Aqil dah pandai meniarap memang cepat jer nak telangkup... baring jer pusing lepastu nangis penat sebab tak pandai nak pusing balik.... hehhehe sian dia....



Tuesday 19 February 2013

Muhammad Fitri Aqil

Assalamualaikum....
Fresh from the Oven... 07/12/12




Alhamdulillah akhirnya si kecil mama telah selamat dilahirkan... kepayahan dan kesakitan melahirkan Aqil hilang begitu sahaja bila menatap mata yang comel ini.... untuk Aqil kali ni mama akan berjuang untuk Fully Breastfeeding ... setakat hari ini Aqil masih minum susu mama sepenuhnya... walaupun mama dah mula bekerja... tapi Aqil masih dibekalkan dengan susu mama.....


 Abang Aish sayang sangat dengan Aqil..... nama pun abg yang pilih.... tak tau kenapa abg suka sangat dengan nama Fitri.... mama mmg awal2 lagi dah cop nama Aqil... hehehehehe....





Kakak pulak mmg asyik nak menjaga adik 24 jam.... malah masa tgh tidur lena pun boleh bangun bila dengar adiknya menangis...



 Thanks Cik Lina coz sudi melawat kite hari tu kat HUKM...... yg lain tak sempat nak ambik gamba.... Pak Long dan Mak Long pun ada.... thanks semua....

Aqil dlm pantang


Dah sebulan masa majlis cukur jambul
Aqil dah Botak



2 Bulan

Semakin Bijak....



Tuesday 7 August 2012

Lama Sungguh x BerBloG.....




Assalamualikum.....

Memang lama betul la tak update apa2 kat blog nie... sampaikan password pun hampir2 nak terlupa.... terpaksala aku mengambil masa dua tiga hari nie... cuba untuk mengingati  semula password blog nie.....

Perkembangan terbaru dan terkini x de apa sangat... disebabkan aku ni hanya orang biasa... aktiviti pun macam biasalakan......

Ramadhan tiba lagi.... tapi tahun ni akan ku sambut dengan bersederhana sahaja.... kuih raya pun cam malas nak buat.... bukan apa semenjak kehadiran orang yang bakal tiba dalam keluarga aku hujung tahun ni... memang malas nak buat semua benda.... kecuali kerja kat office nie je la yang aku kerjakan.....

Untuk pengetahuan insyaallah hujung tahun ni  family aku akan bertambah..... Aish dan Abby akan jadi abang dan kakak..... yang paling teruja sekali pasti la Kakak Abby..... x sabar dia menanti kehadiran Adik barunya..... Abg Aish pun sama... dia sangat2 berharap adik dia kali ni seorang lelaki..... tapi kalau perempuan pun x pe la.... mama x kisah.....

Penantian itu satu penyiksaan..... memang dah lama x de budak kecil dalam rumah nie.... entahla takut pun ada... tanggungjawab makin besar....bolehkah aku menangani anak2 ku ini.... sekarang baru la aku terfikir macam mana lah org yang ada anak ramai2 tu kan.... memang tabik spring la kat mummy2 yang ramai anak tu.....

Sekarang my baby dah mau masuk 6 bulan.... tinggal beberapa bulan jer lagi untuk dia menjengah dunia nie... Ya Allah Kau mudahkan lah segalanya......


Saturday 17 December 2011

FENOMENA OMBAK RINDU



Tadi layan Ombak Rindu bersama kawan2 office.... thanks to Jee and K.Tasya......
Lain kali kite tengok wayang lagi yer.......


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


 Hafiz :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Adira :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/10/lirik-lagu-ombak-rindu-hafizadira.html#ixzz1gm69ala9